Wednesday, December 24, 2008

my bestfrend..my sweet fren..my senggal fren..my...

eh nape En Azizul nie...nak posing gak ke???meh la dok depan skit...tengok En Mogan nampak hapiiiieee je bila dia apit c gadis cantik hua hua...ni yang malas soh huda posing nie...mesti senggih giler...ele ana...senyum simpul eh..

look...bertapa sweetnye kami

hehehehe...masa nie ade sheila(adik MY LARLING)..die tolong tangkapkan gambar nie...tapi bila time die...i xsempat nak tangkap coz habis bateri...ciann die...sweet x kitaorg hehehehe

jom g johny nak???



ehhhmmm dap tau makan steamboat..mie pun suke...tapi lagi lawak mie kenal pekerja yang namer SAMER....die asik panggil c sameer je...hehehehe...kekadang i tengok c sameer tu mcm takut je nak lalu sebelah kami...huhu...kalo datang kat sini masing jge air msing takut kene pau..i suke vanilla milk shake...mie pulak xtentu...suke tukar2...ape pun Johy adalah pilihan kami dalam menikmati steamboat...

Tuesday, December 23, 2008

my love


hehehe..time nie aku saje nyebuk...cewah..penat ngontrol ayu nie...tetibe...ade la sorang mamat nie panggil name aku skuat hati ...fiiiiiiiiiirrrrraaaa smile...kcikkkk...jdi ini la hasilnye...hukhuk...sib sempat senyum...

kenali diri anda melalui bantal huhu

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego

Rahsia diri pada hari anda dilahirkan

1 hb.
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta.
Kadangkala, pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu
cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.
2 hb.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada
2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal
cinta.. Sekali kamu mengatakan tidak, tidak siapa yang mampu mengubahnya.
3 hb.
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu
memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan
sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk
didekati.
4 hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan
dan kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering tersilap
membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta
kamu hinggap pada tempat yang salah.
5 hb.
Awas ! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh
memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung
kepada orang-orang yang kamu sayangi.
6 hb.
Kamu disukai ramai kerana personality kamu yang cukup menarik hati. Tidak
hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi
kamu banyak lagi perkara penting selain cinta..
7hb.
Kamu seorang yang "happy go lucky"dan gemar berseronok. Namun sikap kamu
yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu.
Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat !
8 hb.
Kamu seorang yang romantis. Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi pasangan
kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu
semata-mata saja.
9 hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan
diri di mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang! Dalam soal cinta,
sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.
10 hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan
keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan
keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati
terasa diri terpinggir.
11 hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan
kamu seharian. Sebab itulah, kamu juga mengharap si dia juga bersikap
demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terlalu
boring bila terlalu mengikut peraturan ???
12 hb.
Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan
komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang
menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya.
13 hb.
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab
itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk
dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai
menjaga perhubungan.
14 hb.
Hebat! Bagi kamu, karier / pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab
itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta
dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu.
15 hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara
tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus
bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang
suka membuat tindakan 'last minutes'.
16 hb.
Kamu ini seorang yang moody rupanya?? Sekejap mood kamu okey dan sekejap
pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan
sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.
17 hb.
Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri.
Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu
perasaan sebenar kamu.
18 hb.
Kamu ini sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan
cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada
diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata
sayang.
19 hb.
Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah
menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan
persahabatan sebelum menjadi serius.
20 hb.
Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab
itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu
dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia !!!
21 hb.
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain
'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu
berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum
terlambat.
22 hb.
Kamu yang lahir pada tarikh ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan
mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih
seseorang yang kamu akan rasa selamat bila berada di sampingnya.
23 hb.
Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampangi kamu.
Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada disamping teman-teman dan
si dia . Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.
24 hb.
Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu
terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia.
25 hb.
Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki / perempuan yang
bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu.
Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau, kan !!!!!!!!!!!!!!
26 hb.
Kamu harus ubah sikap kamu yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan
yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja????
27 hb.
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih
kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!!!!!!!!!
28 hb.
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun
kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu meminggirkan si
dia tanpa disedari.
29 hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa sahaja selagi
kamu tidak puas hati dengan apa yag kamu miliki.
30 hb.
Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si
dia kerana kamu sukar untuk beralah.
31 hb.
Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa
yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia !!


the first day..................

hehehe...this is my first day for my blog...so mcm rase xcited skit...aduiii...penat..banyak pulak report kene buat...ok nak pk buat mana satu dulu...nak cari keje lain pun ade..busan jadi pemantau harga yang xbertauliah nie...hehehe..jap lagi nak p batu gajah...ehmmm....kontrak ni sambung ke x eh???alangkah bagusnyakalo sambung...leh la rileks xyah cari keje lain...ehmmmm...ekonomi dh la xok taun depan..ade x sesiapa nak bagi i keje...heheheh ciannnnn